Saturday 1 February 2014

Cerita Bangang.


Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”

Tips Untuk Elakkan Trauma dan Kecewa. (After frust menonggeng.)


Anda baru putus cinta? amat frust rasa mahu mati? ikuti tips-tips untuk melupakan kekecewaan anda :

- Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ketempat yan g ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanyakan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”

- Beli makanan banyak-banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku notaanda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat,spora dan sebagainya.

- Jika kita rindukan detik-detikwaktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat-cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas-petugas Telekom Malaysia bersedia melayansebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda dimarahi. Bagitahu mereka yanganda baru dikecewakan dan memerlukan seseorang untuk anda luahkan perasaan anda.

- Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!!

- Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat-dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah-olah dari dia.

- Marah pada dia? Itu adalah normal! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil.Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala-galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka-luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan atau pun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lahbantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.

- Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak-menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama didepan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila ceritatersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.

- Jangan dengar lagu-lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia.Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu-lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu-lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi-aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.

- Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalauboleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk disimpan disana . Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa satu melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.

- Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda dikecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berdiri. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasikan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.

SELAMAT MENCUBA.

Thursday 30 January 2014

Rutin Harian Si Pemalas.

I'm bored. Really-really fucking bored.

Malam-malam di Kota Kinabalu agak membosankan. Kecuali jika ada kawan-kawan datang lepak, dan lagi best kalau kawan-kawan dari luar datang melawat. Tapi selalunya agak bosan. Bosan. Dan bosan lagi. Jalan Asia City sentiasa sibuk, dari pagi sampai malam. Penjaja sana sini menjual makanan, budak gelandangan meminta sedekah ihsan, serta tidak ketinggalan pelawat-pelawat asing datang bertandang. Muka sekor-sekor macam mau minta penendang. Yes, I'm a haters.

So I've decided to write something. I'm not much of a writer, my grammar sucks. But I don't give a fucks.

Sejak akhir-akhir ini kes-kes racism menjadi-jadi di sana sini. Cuma aku paling benci orang cepat mengamuk tanpa henti. Wei sila kaji maybe ada batu api? kau mau marah sampai mati orang tidak akan peduli. Belajar berfikir, akal Tuhan bagi bukan untuk perhiasan. Atau mungkin kau sudah tidak percaya dengan Tuhan? Entah la... malas.

Ya betul aku seorang pemalas. Bangun tiap hari rasa malas. Sampai satu tahap kemalasan aku jadi kronik bila mahu mandi pun jadi agak malas. Tapi bila sesuatu yang aku minat, aku jadi orang paling rajin dalam dunia. Paling awal sampai, paling rajin 'menyetelkan' masalah yang datang. Itu la... pemalas cuma kalau benda itu aku tidak minat. Tiada hati mau buat der... Shiznit. Aku suka menconteng, tidak kira di mana. Dan kalau kau tidur depan aku memang aku akan conteng sekali muka engkau. Padan muka.

I'm bored. This is my crazy thought... and you're crazy too for reading it.